Tuesday, 29 November 2011


Jati Diri Dan Psikik Melayu
Hakikat yang tidak dapat disembunyikan lagi bahawa bangsa Melayu tidak kuat dan ternyata sedikit sebanyak kekuatan yang berbaki itu, terus menerus terhakis. Jesteru itu kita perlu kejutkan diri kita dan seluruh bangsa kita, kepada hakikat pahit bahawa gambaran gambaran muluk dan lambang – lambang kuasa yang kelihatan gagah itu sebenarnya sedang lompong dan dibawah tapak kaki kita terdapat arus keras yang sedang menghakis saki baki kekuatan yang mash ada. Seperti Highland Tower, segagah mana pun kelihatan pada zahirnya, akhirnya ia menyembah bumi. Kita jangan diperangkap oleh ‘perasaan selamat yang palsu’ dan tertipu dengan simbol, retorika dan pesta.




Harga : RM30.00 termasuk kos penghantaran

Pendidikan AlHikmah
Pendidikan AlHikmah adalah suatu lontaran idea penjenamaan sistem pendidikan alternative
keislaman. AlHikmah adalah kata yang cukup inspiring, padat dengan makna, sarat dengan
nilai. Dalam AlQuran kita menemukan alhikmah sebagai kata yang selalu mengiring al-Kitab,
khususnya dalam konteks misi pendidikan profetis..ia juga terkait dengan nama besar Luqman
Al-Hakim tokoh Qurani pengungkap pesan – pesan kependidikan ..kerana itu pesan – pesan
kependidikan Luqman Al-Hakim itu seharusnya diangkat dan dimartabatkan sebagai asas
pendidikan Islam sekaligus rumusan isi atau substance pendidikan . Atas asas inilah kita
mewajarkan penjenamaan Pendidikan AlHikmah.




Harga : RM30.00 termasuk kos penghantaran